CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 20 December 2011

SUSU KAMBING DAN KESIHATAN



Berdasarkan kajian pakar kesihatan, susu kambing dikategorikan sebagai susu kedua terbaik, selepas susu ibu. Hal ini kerana terdapat pelbagai khasiat yang dapat diambil dari susu kambing antaranya adalah:

1) Meneutralkan kandungan asid dalam badan.
 Susu kambing tidak menghasilkan asid dalam darah. Hal ini kerana susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Alkali ini akan membantu untuk meneutralkan kandungan asid dalam badan manusia.

2) Baik untuk masalah penghadaman.
Menurut kajian, susu kambing mempunyai protein dan lemak yang sangat halus dan lembut. Hal ini dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih mudah dan lancar. Susu kambing juga turut diakui lebih mudah hadam berbanding susu lembu.



3) Dapat merawat ulcer dan gastrik.
Selain daripada baik untuk masalah penghadaman, susu kambing juga turut diakui mampu merawat penyakit perut seperti ulcer dan gastrik. Ini kerana sifat susu kambing yang beralkali dan nyah asid serta zarahnya yang halus.

sumber: http://blogkesihatan.com

0 comments:

Post a Comment