Coklat menyebabkan jerawat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Ini sama sekali tidak benar malah boleh dianggap sebagai perkara karut yang tidak wajar dipercayai. Maklumat sekian lama jelas membuktikan coklat TIDAK menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang sihat adalah punca utama jerawat. Namun, kita lebih cenderung menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh ditambah pula dengan pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh.
Coklat tidak menggemukkan. Jika diambil dalam kuantiti yang betul. Malah, telah terbukti bahawa coklat mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri. Tak percaya ? Jom kita kaji fakta di bawah.
Fakta 1 > Coklat baik untuk kesihatan
London - Penyelidik mendapati coklat adalah sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding di dalam teh.
sumber : Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999
Fakta 2 > Kebaikan coklat
Coklat mengandungi zat makanan yang seimbang dan lengkap. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia sehari. Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. Coklat adalah bebas daripada kolestrol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolestrol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol. Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.
Fakta 3 > Coklat untuk kecantikan
Dari segi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.
sumber : http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan
Fakta 4 > Mencegah serangan jantung
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
sumber : ehoza.com
Fakta 5 > Coklat hilangkan stres
Coklat mengandungi bahan seperti bahan penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan coklat juga dikatakan boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
sumber : ehoza.com
Fakta 6 > Coklat kaya vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, ia boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit sendi dan masalah bulanan wanita, pra menstruasi (PMS). Dengan menikmati coklat, ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
Fakta 7 > Coklat bibitkan rasa cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan, mengapa coklat sering dijadikan sebagi hadiah tanda cinta.
Maka, makanlah COKLAT untuk kesihatan :)










