CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 22 December 2011

bahaya DEODORANT

Terdapat suatu kandungan kimia yang didapati berbahaya di dalam deodorant. Kandungan yang dimaksudkan itu adalah aluminium chlorohydrate (AC).

Apa itu AC ?

Aluminium chlorohydrate dihasilkan dalam industri melalui tindak balas antara aluminium hydroxide, Al(OH)dengan hydrochloric acid (HCl). Ia ditindak-balaskan menggunakan stim pada suhu 100 °C pada tangki terbuka.


Ia biasa digunakan sebagai salah satu bahan dalam deodorant (penyahbau) atau antiperspirants (antipeluh) yang selalu digunakan pada ketiak. Secara umumnya, aluminium chlorohydrate ini yang akan membentuk mendakan kuning pada ketiak atau baju yang dipakai.



Walaupun tiada bukti menunjukkan aluminium chlorohydrate menyebabkan penyakit Alzheimer dan kanser payu dara, namun aluminium chlorohydrate sememangnya merupakan neurotoxin yang boleh mengubah fungsi perintang salur darah ke otak dan ia juga tidak memberi manfaat kepada sel-sel hidup.

Deodorant yang berfungsi sebagai anti peluh akan menyebabkan peluh-peluh beracun di dalam badan kita tidak dapat dikeluarkan secara natural. Maka, ia akan tetap berkumpul di dalam badan dan bertakung di bahagian-bahagian tertentu yang akan menyebabkan berlakunya kanser.

Oleh itu, pastikan anda memilih deodorant yang bebas daripada AC. Wallahualam.

Tuesday, 20 December 2011

SUSU KAMBING DAN KESIHATAN



Berdasarkan kajian pakar kesihatan, susu kambing dikategorikan sebagai susu kedua terbaik, selepas susu ibu. Hal ini kerana terdapat pelbagai khasiat yang dapat diambil dari susu kambing antaranya adalah:

1) Meneutralkan kandungan asid dalam badan.
 Susu kambing tidak menghasilkan asid dalam darah. Hal ini kerana susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Alkali ini akan membantu untuk meneutralkan kandungan asid dalam badan manusia.

2) Baik untuk masalah penghadaman.
Menurut kajian, susu kambing mempunyai protein dan lemak yang sangat halus dan lembut. Hal ini dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih mudah dan lancar. Susu kambing juga turut diakui lebih mudah hadam berbanding susu lembu.



3) Dapat merawat ulcer dan gastrik.
Selain daripada baik untuk masalah penghadaman, susu kambing juga turut diakui mampu merawat penyakit perut seperti ulcer dan gastrik. Ini kerana sifat susu kambing yang beralkali dan nyah asid serta zarahnya yang halus.

sumber: http://blogkesihatan.com

khasiat madu lebah

Terdapat pelbagai kebaikan madu lebah yang mungkin kita tidak ketahui antaranya adalah:




1) Mengembalikan Kekuatan Tubuh:
- Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
- Memulihkan sel-sel urat besar.
- Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
- Merangsang tenaga batin.

2) Membersih dan Menambah Darah:
- Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
- Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
- Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
- Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

3) Bayi / Kanak-Kanak:
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Menyembuh dengan segera cirit-birit.
- Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.




4) Remaja:
- Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

5) Wanita:
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

6) Lelaki:
- Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
- Menguatkan tenaga batin.

7) Pengidap Kencing Manis (Diabetis):
- Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)



8) Untuk Semua:
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- Baik untuk perempuan bersalin.
- Membantu/menerangkan pemandangan.

9) Ibu Mengandung:
- Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

10) Anak Dalam Kandungan:
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
- Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang 
mengandung.



11) Bayi Yang Baru Lahir:
- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
- Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- Mengelak dari kembung perut bayi.

12) Ibu Selepas Bersalin:
- Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
- Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


sumber: http://madulebahku.blogspot.com/